MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 29 Julai 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Faizullah b. Mohamad Azman, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.

Majlis diteruskan dengan slot perkongsian ilmu oleh TPSM En. Yusari b. Basiran berkenaan "Unsur REE Masa Depan Industri Mineral Negara".

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah