MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2022 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2022 JMG JOHOR

Johor Bahru, 25 September 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2022 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Sivalingam a/l Krishnan, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Fariz b. Dzulkapri. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini.

Majlis diteruskan dengan Majlis KSKK iaitu meraikan sambutan hari lahir staf JMG Johor untuk bulan Ogos dan September 2022 dan sumbangan kemasukkan wad.

Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor