MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2019

Johor Bahru, 28 Julai 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Noraini bt. Basiri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Razman b. Yusop dan pembaca ikrar oleh En. Syed Sobri b. Syed Hassan. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan 2 slot ceramah iaitu daripada IPD Johor Bahru Selatan En. Ahmad Zaki b. Alwi dengan tajuk Pengorbanan dan Keikhlasan sempena sambutan Aidiladha dan seterusnya Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Pn. Siti Haslina bt. Tanuri daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah