MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2018, MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2018, MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT JMG JOHOR

Johor Bahru, 30 Ogos 2018 – Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan serentak dengan Perhimpunan Bulanan Bilangan 8/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Puan Rosazanaain binti Mohd Salleh. Bacaan doa telah diketuai oleh Encik Nazal Rizal bin Abd Wahid. Selepas nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Perkhidmatan Awam, taklimat ringkas pengenalan JMG telah disampaikan oleh Encik Noorazhar bin Ngatimin, Ketua Unit Geosains JMG Johor.

Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor iaitu Tuan Zuber bin Haji Zainal dan Tuan Koo Lik Chi, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat serta beberapa wakil SPRM Johor. Tuan Zuber turut menyampaikan sedikit ucapan yang mana beliau menyatakan ruang dan peluang berlakunya rasuah adalah disebabkan oleh salah guna kuasa. Warga JMG Johor melafazkan ikrar dengan penuh bersemangat diketuai oleh Encik Noorazhar dan seterusnya semua Warga JMG Johor menandatangani ikrar tersebut.

Sebelum majlis berakhir, telah diadakan sambutan kecil-kecilan namun sangat meriah bagi meraikan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-61. Semua warga JMG Johor dan tetamu yang hadir sama-sama menyanyikan lagu Tanggal 31 sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Sumbangan artikel : Puan Nor Asmah binti Abdul Aziz