MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2019

Johor Bahru, 29 Ogos 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini sungguh unik sekali kerana ia diuruskan oleh kesemua pelajar-pelajar latihan industri. Majlis dipengerusikan oleh Cik. Norismaamira bt. Ismail, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Daniel Aqil b. M.Khasnun dan pembaca ikrar oleh Pn. Siti Harimah bt. Supat. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan dari Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor kepada kakitangan dan keluarga warga JMG Johor yang mengalami musibah dan kemalangan. Selepas itu, satu Taklimat Potensi Unsur Nadir Bumi telah disampaikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil dan diikuti Pembentangan Latihan Industri oleh Cik Nadirah bt. Mursidi. Paparan multimedia berkenaan Pelajar Latihan Industri telah disediakan oleh En. Izzat Syakir Na'imullah b. Ismail. Sebelum majlis berakhir, telah diadakan sambutan kecil-kecilan namun sangat meriah bagi meraikan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 62. Semua warga JMG Johor yang hadir sama-sama menyanyikan lagu Tanggal 31 mengibarkan Jalur Gemilang.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah