Majlis Perkenalan Bersama Pengarah JMG Johor Yang Baru

Majlis Perkenalan Bersama Pengarah JMG Johor Yang Baru

Johor Bahru, 1 April 2014 – Satu majlis pertemuan telah diadakan pada hari pertama Pengarah JMG Johor yang baru melapor diri iaitu Tuan Haji Zakaria bin Hussain. Sebelum ini, beliau bertugas di Ibu Pejabat JMG Kuala Lumpur sebagai Pengarah Hal Ehwal Korporat.

Encik Abdullah Sani bin H. Hashim, Timbalan Pengarah Sumber Mineral yang sebelum ini menanggung tugas Pengarah telah menyerahkan nota serah tugas kepada Pengarah yang baru.

Semoga kedatangan Tuan Haji Zakaria ke JMG Johor ini dapat melonjakkan lagi produktiviti dan prestasi JMG Johor ke tahap yang lebih tinggi.