JMG JOHOR DI MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 PERINGKAT NEGERI JOHOR

JMG JOHOR DI MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Iskandar Puteri, 31 Ogos 2022 - JMG Johor telah menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Johor yang diadakan di Dataran Iskandar Puteri. Kontijen JMG Johor telah menghantar seramai 33 orang pegawai & kakitangan untuk perbarisan yang diketuai oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin sebagai ketua kontijen bagi perbarisan kali ini.

 

Kira-kira 6,000 hadirin dan para peserta perbarisan telah terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Johor kali ini, dimana persembahan dan perarakan yang telah dipamerkan oleh 131 kontijen meliputi agensi kerajaan, pihak swasta serta institusi pendidikan dalam negeri.

Turut hadir dalam Majlis ini ialah Menteri Besar Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Speaker Dewan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta para peserta perbarisan.

Sumbangan artikel : En Asrul Sani bin Abdullah