PEMETAAN GEOLOGI DI SIREHPARK@ISKANDAR PUTERI

muka depan kerjalapangan sirehpark

Johor Bahru, 8 Januari 2018 – Baru-baru ini, JMG Johor telah membuat kerja pemetaan geologi di kawasan  SIREHPark@Iskandar Puteri yang merupakan sebuah Taman Warisan Semulajadi yang sedang dibangunkan oleh UEM Sunrise iaitu anak syarikat UEM Group. Beberapa siri perbincangan dan lawatan tapak telah dijalankan sebelum ini bersama pihak UEM dan Kerajaan Negeri yang ingin menengahkan kawasan tersebut sebagai tempat rekreasi, pendidikan dan saintifik.

Pemetaan geologi merupakan kajian awal bagi menentukan potensi sesebuah kawasan sama ada suatu kawasan itu sesuai untuk aktiviti pembangunan atau aktiviti berkaitan dengan mineral dan galian. Hasil kajian tersebut akan didokumenkan dan seterusnya dijadikan sebagai bahan kepada sebuah galeri yang dicadang akan dibina pada fasa akan datang. Seramai 6 Pegawai Geosains dan 6 kakitangan JMG Johor terlibat dalam pemetaan geologi kawasan tersebut yang dijangka memakan masa selama sebulan, dimana ia menjadi medan pembelajaran dalam memahami dan seterusnya memetakan sesebuah kawasan.