SESI DIALOG BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

muka depan sesi dialog bersama yb KPWKM 2018

Iskandar Puteri, 1 April 2018 – Telah berlangsungnya program sesi dialog bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Dato’ Seri Rohani Abdul Karim yang telah diadakan di TV Studio 1, Annexe Block Pine Wood Iskandar Malaysia Studios Iskandar Puteri, Johor.

Objektif program adalah untuk memperkasa golongan wanita di dalam sektor keselamatan dan juga mengenal pasti isu-isu keselamatan yang dihadapi oleh mereka di samping dapat memberikan pendedahan mengenai program, perkhidmatan, kempen keselamatan, perlindungan wanita yang disediakan oleh pihak KPWKM, agensi dan NGO.

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua jabatan, agensi, pertubuhan dan persatuan yang hadir bagi menjawab segala persoalan dan isu-isu yang dihadapi sebelum ini.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah