TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BERHUBUNG PENUBUHAN GEOPARK MERSING

muka depan taklimat  berhubung penubuhan geopark Mersing 2018

Iskandar Puteri, 12 Februari 2018 - Satu sesi taklimat dan perbincangan berhubung penubuhan Mersing Geopark telah diadakan bagi mengangkat idea penubuhan geopark ini ke dalam MMK Johor dalam masa terdekat. Taklimat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor. Hadir sama dalam taklimat ini adalah ahli Jawatankuasa Saintifik iaitu Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan), Prof. Dr. Che Aziz Ali (UKM/PPL), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (UKM/PPL), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad- Geotropik UTM, Tuan Hj Noorazhar B. Ngatimin (JMG Johor) dan Cik Nur Syahidatul Zubaida (JMG Johor). Beberapa agensi berkepentingan lain seperti wakil Pegawai Daerah Mersing, Jabatan Alam Sekitar Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor turut hadir dalam sesi ini.

 

Antara perkara yang dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo adalah mengapa Mersing dipilih sebagai calon geopark kebangsaan dan faedah yang akan diperoleh kerajaan dan komuniti setempat melalui penubuhan geopark ini.

Lanjutan daripada sesi ini, ahli Jawatankuasa Saintifik kemudiannya berjumpa dengan Pengarah UPEN Johor, Tuan Haji Ramlee bin Haji A. Rahman bagi berbincang dengan lebih lanjut berkaitan hasrat penubuhan Mersing Geopark.

Sumbangan artikel : Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abdillah