TAKLIMAT BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI USM

TAKLIMAT BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI USM

Johor Bahru, 03 September 2020 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh pelajar IPTA daripada USM yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 2 bulan telah diadakan di JMG Johor baru-baru ini. Pelajar itu, Encik Andrew A/L Seman dan Cik Logatharshini A/P Segeran telah ditempatkan di Unit Sumber Mineral dibawah seliaan En. Yusari bin Basiran. Tujuan latihan industri ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar di JMG Johor termasuk kerja lapangan seperti aktiviti hidrogeologi, pemetaan geologi dan geologi kejuruteraan.

Sesi pembentangan itu, telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JMG Johor. Diharap Encik Andrew A/L Seman dan Cik Logatharshini A/P Segeran dapat menimba pengalaman dan ilmu yang diberikan semasa dalam tempoh latihan disini dan warga JMG Johor mendoakan agar kedua-duanya berjaya apabila telah tamat belajar nanti.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah