KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

16 & 17 Januari 2023

Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Unit Geosains JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Pengejetan Asas Air Tanah yang diadakan pada 16 & 17 Januari 2023.


Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua kakitangan JMG Kelantan mengenai kaedah dan teknik asas pengejetan air tanah. Peserta kursus juga diberi taklimat berkaitan pengenalan sumber air bawah tanah, pengenalan kepada proses ekstraksi sumber air bawah tanah, pengelogan dan rekabentuk telaga tiub dan sistem penapisan air bawah tanah untuk kegunaan domestik.

Pada 16 Januari 2023 (Isnin), taklimat kursus berkaitan kedapatan sumber,kaedah abstraksi air bawah tanah dan kaedah rawatan ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan telah sampaikan oleh En. Zahidi bin Hamzah, Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Hidrogeologi, Unit Geosains JMG Kelantan.


17 Januari 2023 (Selasa), peserta kursus diberi peluang untuk menjalani amali pengejetan telaga tiub yang telah diadakan di Kg. Selising, Pasir Puteh, Kelantan.


Peserta berpeluang untuk melakukan aktiviti pengejetan, kaedah pengelogan di lapangan dan menyediakan telaga tiub air bawah tanah. Aktiviti ini membolehkan para peserta mempraktikkan secara terus teori yang dipelajari dalam kelas, di samping dapat berbakti kepada masyarakat.