AKTIVITI JUN 2024

AKTIVITI JUN 2024

AKTIVITI JMG KELANTAN JUN 2024

JUN 2024 11 Jun 2024 (Selasa), JMG Kelantan telah mengadakan satu lawatan ke lombong emas Syarikat CMMC di Sokor, Tanah Merah, Kelantan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral, Jabatan Mineral dam Geosains seluruh Malaysia. Beberapa orang kakitangan JMG Kelantan juga terlibat dalam lawatan tersebut. Semua pegawai dan kakitangan di bawa ke Dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Geologi  CMMC. Kemudian semua peserta lawatan di bawa melawat ke sekitar kawasan tempat pemprosesan emas.

 

12 Jun 2024 (Rabu), JMG Kelantan menganjurkan aktiviti gotong royong di Stor Cawangan JMG. Hampir semua kakitangan JMG Kelantan telah terlibat dalam gotong royong tersebut.

 

13 Jun 2024 (Khamis), Unit Lombong dan Kuari JMG Kelantan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu telah mengajurkan Kursus Pertolongan Cemas diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan. Seramai 40 orang peserta JMG Kelantan menyertai kursus ini termasuk Tuan Pengarah, Zaidi bin Daud. Taklimat disampaikan oleh 3 orang pegawai APM iaitu,  KAPT.(PA) Md Fadir bin Md. Nor, SM.(PA) Rohaizad bin Mamat dan SIN.(PA) Arnee binti Zaminudin.

 

Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan JMG Kelantan kerana telah memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang telah dianjurkan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat dan panduan dalam kehidupan seharian.

HARI KELUARGA JMG KELANTAN

HARI KELUARGA JMG KELANTAN

HARI KELUARGA JMG KELANTAN 

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan (KESKEL) telah menganjurkan program Hari Keluarga JMG Kelantan 2024 pada 8 & 9 Mac 2024 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu.

Perasmian Hari Keluarga diadakan di Dewan Tanjung Demong dan dirasmikan oleh En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Sumber Mineral dan Geosains Kelantan). Majlis makan malam dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada semua kakitangan JMG Kelantan yang hadir.

Pada 9 Mac 2024, program Hari Keluarga diteruskan dengan acara sukaneka bagi semua kakitangan JMG serta ahli keluarga dan  berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Terima kasih kepada semua kakitangan JMG Kelantan dan  seluruh ahli keluarga kerana menghadiri Hari Keluarga JMG Kelantan 2024, semoga silaturahim antara semua kakitangan terjalin sehingga akhir hayat.

 

AKTIVITI BULAN JANUARI 2024

AKTIVITI BULAN JANUARI 2024

Selamat Tahun Baru 2024

JMG Kelantan telah mengadakan beberapa aktiviti di jabatan sepanjang Januari 2024.

Aktiviti yang telah diadakan ialah Majlis Bacaan Yassin pada 16 Januari 2024, dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan. JMG juga menganjurkan pertandingan carom dan bowling peringkat Piala Pengarah. Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan  telah mengadakan taklimat Pangkalan Data Utama (PADU) kepada semua kakitangan JMG Kelantan dan juga memberi tunjukajar cara mengisi borang PADU di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan pada 17 Januari 2024. Perhimpunan Bulanan juga dimeriahkan lagi dengan meraikan pertukaran Setiausaha Pejabat yang akan bertukar ke jabatan lain.

BENGKEL UJIAN PENGEPAMAN

BENGKEL UJIAN PENGEPAMAN

BENGKEL UJIAN PENGEPAMAN

25 NOVEMBER 2023 (AHAD)

JMG KELANTAN

 Unit Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah mengadakan sebuah Bengkel Ujian Pengepaman bertarih 26 November 2023 pada hari Ahad bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan. Peserta yang terlibat ialah 17 orang kakitangan JMG Kelantan.Taklimat telah disampaikan oleh Encik Zahidi bin Hamzah (Pegawai Geosains JMG Kelatan).

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi perhatian serta kerjasama sepenuhnya sepanjang kuliah yang disampaikan oleh penceramah. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dalam kerja-kerja seharian di JMG.

BENGKEL TERAPI MINDA

BENGKEL TERAPI MINDA

JMG Kelantan telah mengadakan Bengkel Terapi Minda yang dianjurkan oleh LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan  Keluarga Negara) pada 9 Oktober 2023 (Isnin) bertempat Dewan Malaysia Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kelantan. Bengkel ini telah melibatkan 34 orang peserta dari JMG Kelantan termasuklah Tuan Pengarah, En. Zaidi Bin Daud dan semua pegawai.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap peserta mengenali tahap tekanan dan meluahkan perasaan secara efektif dan mengenalpasti teknik  pengurusan tekanan yang berkesan dalam kehidupan seharian.

Aktiviti - aktiviti yang telah diadakan ialah sesi kuliah dan aktiviti berkumpulan. Antara tajuk aktiviti ialah Getting To Know U, Refleksi , Fear Facktor dan Teamworks Matter dan Terapi Pengurusan Emosi.

Hasil daripada bengkel tersebut, peserta dapat memahami tahap tekanan masing-masing serta mengetahui cara untuk mengatasinya disamping memupuk semangat kerja berpasukan serta cintakan organisasi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menghadiri Bengkel Terapi Minda anjuran LPPKN Kelantan. Semoga sepanjang aktivti yang disediakan oleh penganjur memberi manfaat dalam kehidupan seharian dan menjadi panduan dalam mengendalikan tugasan-tugasan dalam organisasi jabatan. Insyallah, bengkel ini akan dijadikan aktiviti tahunan JMG Kelantan.