KARNIVAL ALAM KITA

KARNIVAL ALAM KITA

KARNIVAL ALAM KITA

 

11 & 12 Mei 2023

 

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menganjurkan sebuah Karnival Alam Kita pada 11 dan 12 Mei 2023 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

 

Karnival dirasmikan oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri NRECC. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari karnival itu berlangsung. YB Menteri NRECC juga sempat mengunjungi reruai Jabatan serta Agensi di bawah NRECC, termasuklah reruai Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan.

 

Reruai JMG Kelantan telah menyediakan beberapa aktiviti seperti Kuiz Roda Impian dan Aktiviti Mendulang. Tuan Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG Malaysia juga turun padang dalam menyokong usaha pasukan JMG Kelantan dalam karnival ini.

Syabas dan Tahniah kepada semua kakitangan JMG Kelantan yang terlibat.

 

Kredit foto : Suhaidah Khalid

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA
 
8 MEI 2023
 
Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah dijemput untuk menyediakan sebuah booth pameran sempena Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Ke 52 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 yang diadakan pada 08 Mei 2023 bertempat di Taman Eko Rimba Jeram Linang,Pasir Puteh.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Turut serta dalam majlis ini adalah Encik Zaidi bin Daud, Pengarah JMG Kelantan.

KURSUS PENGENALAN APLIKASI AVENZA MAP

KURSUS PENGENALAN APLIKASI AVENZA MAP

Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Unit Sumber Mineral JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan Aplikasi Avenza Map yang diadakan pada 13 & 14 Mac 2023.

 Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan Teknikal JMG Kelantan cara menggunakan aplikasi Avenza Map di lapangan. Peserta kursus juga diberi taklimat berkaitan GIS, cara membuat peta dasar menggunakan perisian Arcgis, cara georefencing peta dasar dari ArcGis menggunakan QGis, cara memuatnaik peta dasar ke dalam Avenza Map, cara memplot lokasi ke dalam avenza map dan memuat naik data cerapan dari Avenza Map kepada bentuk 'Keyhole Markup Language' @ kml. dan 'Comma-separated values' @ csv.

 Pada 13 Mac 2023 (Isnin),

taklimat kursus berkaitan aplikasi Avenza Map telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan disampaikan oleh En. Mohamed Hishamuddin B Lokman, Pembantu Geosains, Aktiviti Mineral Berlogam, Unit Sumber Mineral JMG Kelantan.

 14 Mac 2023 (Selasa),

Peserta kursus diberi peluang untuk menjalani amali cara menggunakan Avenza Map yang telah diadakan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

 Peserta didedahkan cara membuat cerapan di lapangan, cara mencari lokasi dari koordinat yang diberikan, cara membuat trek dari titik awal hingga akhir dan cara berkongsi maklumat yang direkodkan dari Aplikasi Avenza Map dengan peserta yang lain. Aktiviti ini membolehkan para peserta mempraktikkan secara terus teori yang dipelajari dalam kelas dan merasai sendiri suasana kerja di lapangan.

KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

16 & 17 Januari 2023

Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Unit Geosains JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Pengejetan Asas Air Tanah yang diadakan pada 16 & 17 Januari 2023.


Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua kakitangan JMG Kelantan mengenai kaedah dan teknik asas pengejetan air tanah. Peserta kursus juga diberi taklimat berkaitan pengenalan sumber air bawah tanah, pengenalan kepada proses ekstraksi sumber air bawah tanah, pengelogan dan rekabentuk telaga tiub dan sistem penapisan air bawah tanah untuk kegunaan domestik.

Pada 16 Januari 2023 (Isnin), taklimat kursus berkaitan kedapatan sumber,kaedah abstraksi air bawah tanah dan kaedah rawatan ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan telah sampaikan oleh En. Zahidi bin Hamzah, Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Hidrogeologi, Unit Geosains JMG Kelantan.


17 Januari 2023 (Selasa), peserta kursus diberi peluang untuk menjalani amali pengejetan telaga tiub yang telah diadakan di Kg. Selising, Pasir Puteh, Kelantan.


Peserta berpeluang untuk melakukan aktiviti pengejetan, kaedah pengelogan di lapangan dan menyediakan telaga tiub air bawah tanah. Aktiviti ini membolehkan para peserta mempraktikkan secara terus teori yang dipelajari dalam kelas, di samping dapat berbakti kepada masyarakat.

Lawatan Menteri KeTSA

Lawatan Menteri KeTSA

19 Oktober 2022 (Rabu)

JMG Kelantan telah menerima satu lawatan kerja Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan iaitu Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Turut serta dalam program lawatan ini, Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi (Ketua Pengarah JMG Malaysia), En. Nor Azmi bin Ahmad@Mohamad (Setiausaha Bahagian (Geosains)KeTSA), En. Muhammad Rosli bin Muhammad Ja'afar (Setiausaha Bahagian(Mineral)KeTSA) dan En. Mohamad Hafid bin Rohani (Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan).

Sempena  lawatan ini, program penanaman pokok JMG  juga diadakan dan bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu.