Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin (13-15 Oktober 2022)

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin telah berlangsung pada 13-15 Oktober 2022 di Dataran Platinum Mall,Lembah Sireh , Kota Bharu, Kelantan, selama 3 hari.

JMG Kelantan telah diberi peluang membuka booth bagi membuat pameran yang berkaitan dengan JMG dan juga kerjasama ekopelancongan negeri Kelantan.

Pada 13 Oktober 2022 (Khamis) , Slot Pocket Talk dari JMG Kelantan yang bertajuk “Aspiring Stong Geopark : Meraikan Warisan, Memperkasa Ekonomi Masyarakat”. Pocket Talk disampaikan oleh Cik Atilia binti Bashardin (Pegawai Geosains JMG Kelantan.

14 Oktober 2022 (Jumaat) ,berlangsung Perasmian Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin oleh Datuk Seri Takiyyudin bin Hassan (Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)).

Menurut KeTSA, carnival ini berkonsepkan turun padang bagi menyampaikan informasi dan fungsi kementerian serta jabatan/agensi dibawahnya dalam meningkatkan penyampaian perhidmatan kepada rakyat di Zon Timur Semenanjung Malaysia khususnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) juga telah bersama-sama membuat lawatan ke booth JMG Kelantan.

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin telah berakhir pada 15 Oktober 2022 (Sabtu),maka berakhirlah juga pameran JMG Kelantan.

Terima kasih atas kerjasama warga JMG Kelantan kerana bekerjasama dalam menjayakan Pameran Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin, dan juga terima kasih kepada pengunjung-pegunjung pameran kerana sudi singgah di booth JMG Kelantan.

AUDIT NAIZIRAN

AUDIT NAIZIRAN

 

14 SEPTEMBER 2022 ( RABU )

Program Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138,telah diadakan di Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan pada 14 September 2022 (Rabu).

Program naziran ini adalah bertujuan untuk memastikan  supaya Jabatan mematuhi peraturan kewangan dan perakaunan semasa.

Pasukan naziran yang hadir ialah Puan Azelina binti Ismail@Hassan (Timbalan Pengarah WA52),Encik Mohd Zaidi bin Yunus        (Akauntan WA44) dan Puan Norfarrahana binti Mat Zin (Penolong Akauntan W29).

Terima kasih diucapkan kepada pihak naziran yang terlibat.

Perhimpunan Bulanan

Perhimpunan Bulanan

30 Jun 2022

JMG Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil 6/2022 pada 30 Jun 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyurat JMG Kelantan dan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh En. Zaidi bin Daud (Tuan Pengarah JMG Kelantan).

Sempena minggu terakhir pelajar industri menjalani latihan di JMG Kelantan, empat pelajar dari UMK,Bachok,Kelantan telah membuat Pembentangan projek dan latihan sepanjang berada di JMG Kelantan.Mereka juga menerima sijil penghargaan khas daripada JMG Kelantan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Urusetia Lawatan Menteri di Dabong kepada semua kakitangan JMG yang terlibat dan diwakili oleh En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Geosains). Seterusnya ,diadakan penyampaian hadiah kepada kakitangan yang lahir pada bulan Jun iaitu seramai 3 orang. JMG Kelantan juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kakitangan yang baru berkahwin iaitu En. Muhammad Muhaimin Idzham bin Nazri( Pembantu Geosains C19). Sumbangan juga disampaikan kepada En. Faizul bin Ismail (Pemandu Kenderaan H11)kerana mendapat cahaya mata yang ke3. Tahniah diucapkan kepada semua.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah berupa wang ringgit RM50 kepada pemenang mencipta nama singkatan bagi Kelab Sukan Dan Kebajikan Negeri Kelantan. Pemenang tersebut ialah Cik Ropidah binti Mat Zin dan En. Yuzlan bin Yusoff.

 

Sumber foto : Suhaidah binti Mohd Khalid

LAWATAN KE KOLAM AIR PANAS TOK BOK

LAWATAN KE KOLAM AIR PANAS TOK BOK

SELASA -21 JUN 2022

Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah dipohon untuk memberi khidmat nasihat bagi Kajian Pemuliharaan dan Penyelenggaraan Kolam Air Panas Tok Bok, Machang Kelantan.

Oleh itu,Encik Nurzaidi Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Geosains dan Encik Zahidi bin Hamzah Penolong Pengarah Kanan,  telah hadir ke lawatan tapak dan perbincangan diadakan diantara pegawai -pegawai daripada JMG Kelantan,  Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) JMG, Majlis Daerah Machang (MDM) dan Jabatan Sumber Air Kelantan (JSANK).

Perbincangan adalah untuk mengenalpasti kajian yang boleh dilaksanakan bagi khidmat nasihat teknikal berkaitan aspek geologi dan hidrogeologi.

Info :

Kolam Air Panas Tok Bok

Lokasi : Kg Rengas ,Tok Bok,Machang,Kelantan

Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti rumah tumpangan,surau,tandas dan kedai bagi memenuhi keperluan dan kemudahan bagi para pengunjung yang datang mengunjungi ke kolam air panas.

 

Lawatan Menteri YBM Datuk Takiyuddin

Lawatan Menteri YBM Datuk Takiyuddin

9/6/2022 (Khamis)

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah menerima sebuah lawatan daripada Menteri Tenaga dan Sumber Asli,Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan ke Aspiring Stong Geopark pada Khamis, 09/Jun/2022. Turut mengiringi lawatan ini ialah  En. Zaidi bin Daud(Pengarah JMG Kelantan), YBRs. Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi (Ketua Pengarah JMG Malaysia),En. Mohd Bazran bin Hj Taib (Timbalan Ketua Pengarah (operasi) JMG Malaysia,TB. Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin (Adun Dabong) dan YDP Ysbrs Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus (Majlis Daerah Kuala Krai).

Gua Ikan,Dabong

Lokasi pertama lawatan  Menteri adalah bermula di Gua Ikan,Dabong dan disertai dengan majlis ucapan dan kata-kata aluan YBM. YBM KeTSA juga berucap mengenai usaha Kementerian yang memperuntukkan sejumlah RM30,000 bagi meningkatkan kemudahan insfrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenal pasti sebagai mercu tanda bagi mempromosikan Aspiring Stong Geopark.

Selain itu, Kementerian juga menganjurkan Kursus Geoguide (Jurupandu Geopark) dengan penglibatan lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada komuniti setempat termasuklah komuniti Orang Asli telah dikenal pasti untuk menyertai Kursus Geoguide Stong Geopark yang dijadualkan pada suku ketiga tahun 2022.

Geotapak Gua Ikan Dabong, Kuala Krai merupakan salah satu geotapak penting di dalam Aspiring Stong Geopark yang berusia sekitar 200-300 juta tahun. Gua Ikan sangat istimewa kerana gua ini merupakan sungai bawah tanah sepanjang 250m.

 Gunung Stong,Jelawang,Kuala Krai

Lawatan Kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Aspiring Stong Geopark, Kelantan di lokasi kedua bagi melihat pemandangan Gunung Stong, Jelawang, Kuala Krai.

Lokaliti ini menawarkan pemandangan landskap pergunungan Stong (Kompleks Migmatit Stong) yang memperlihatkan beberapa puncak tertinggi gunung dikawasan ini serta rupa bumi Air Terjun Jelawang.

Fakta menarik mengenai lokaliti ini adalah dikatakan bahawa Air Terjun Jelawang antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian dianggarkan 300-meter tinggi.

Lata Renyok,Kuala Balah,Jeli

Lokasi ketiga iaitu Geotapak Lata Renyok, Kuala Balah, Jeli.

Lata Renyok terletak di Sungai Renyok berhampiran Kampung Renyok, 16 km daripada bandar Jeli melalui jalan Jeli-Dabong. Sungai berbatu di Lata Renyok membentuk morfologi jeram, bongkah batu dan lubang periok pada permukaan batu singkapan sungai.

Tapak Lata Renyok ini merupakan tapak penyelidikan saintifik bertaraf rantau kerana ini merupakan lokaliti terbaik untuk mengenali ciri-ciri Leukogranit Kenerong dan juga canggaan tektonik selepas orogeni Indosinia di rantau Asia Tenggara.

Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli

Lawatan Kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Aspiring Stong Geopark, Kelantan di lokasi yang terakhir iaitu Geotapak Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli.

Gunung Reng terletak di Kampung Gunong sekitar 15 km dari Pekan Jeli. Bukit Gunung Reng yang terdiri daripada batuan marmar mempunyai berketinggian sekitar 200 meter.

Fakta menarik mengenai lokaliti ini adalah berkaitan cerita rakyat yang terkenal di Gunung Reng tentang Puteri Saadong yang memerintah Negeri Kelantan pada suatu masa dahulu.

Majlis berakhir dengan jamuan petang dan diadakan juga sesi bergambar bersama semua jemputan lawatan dan warga JMG Kelantan yang hadir.

 

Sumber foto : Suhaidah binti Mohd Khalid