Perhimpunan Bulanan

Perhimpunan Bulanan

30 Jun 2022

JMG Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil 6/2022 pada 30 Jun 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyurat JMG Kelantan dan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh En. Zaidi bin Daud (Tuan Pengarah JMG Kelantan).

Sempena minggu terakhir pelajar industri menjalani latihan di JMG Kelantan, empat pelajar dari UMK,Bachok,Kelantan telah membuat Pembentangan projek dan latihan sepanjang berada di JMG Kelantan.Mereka juga menerima sijil penghargaan khas daripada JMG Kelantan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Urusetia Lawatan Menteri di Dabong kepada semua kakitangan JMG yang terlibat dan diwakili oleh En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Geosains). Seterusnya ,diadakan penyampaian hadiah kepada kakitangan yang lahir pada bulan Jun iaitu seramai 3 orang. JMG Kelantan juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kakitangan yang baru berkahwin iaitu En. Muhammad Muhaimin Idzham bin Nazri( Pembantu Geosains C19). Sumbangan juga disampaikan kepada En. Faizul bin Ismail (Pemandu Kenderaan H11)kerana mendapat cahaya mata yang ke3. Tahniah diucapkan kepada semua.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah berupa wang ringgit RM50 kepada pemenang mencipta nama singkatan bagi Kelab Sukan Dan Kebajikan Negeri Kelantan. Pemenang tersebut ialah Cik Ropidah binti Mat Zin dan En. Yuzlan bin Yusoff.

 

Sumber foto : Suhaidah binti Mohd Khalid