KURSUS PENGENDALIAN DRON

KURSUS PENGENDALIAN DRON

KURSUS PENGENDALIAN DRON DAN PEMPROSESAN DATA

(24-26 April 2022)

 

Unit Pengurusan Maklumat JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengendalian Dron dan Pemprosesan Data untuk kakitangan JMG Kelantan. Kursus ini diadakan pada 24-26 April 2022 bertempat di pejabat JMG Kelantan dan latihan praktikal pengendalian diadakan di Pantai Kemayang Bachok.

Unit pengurusan telah menjemput tenaga pengajar iaitu Encik Hishamahir Afendi bin Abdullah dari Unit Marin,Cawangan Perkhidmatan Geosains Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) JMG Perak.

Peserta kursus didedahkan dengan cara pengendalian Dron Model Dji Phantom 4 Pro dan pemprosesan data dengan menggunakan perisian Pix4Mapper.

AKTIVITI BULAN RAMADHAN

AKTIVITI BULAN RAMADHAN

Aktiviti Bulan Ramandhan

Sempena  bulan Ramadhan,Biro Kebajikan dan Biro Wanita Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan telah mengadakan beberapa aktiviti dan sumbangan. Antara sumbangan daripada Biro Kebajikan ialah permberian kurma dan biskut raya kepada semua kakitangan JMG Kelantan.

Manakala Biro Wanita menganjurkan aktiviti membuat kuih onde-onde atau dikenali sebagai buah Melaka,dan juga membuat popia gulung. Semua hasil kuih,diagihkan kepada semua kakitangan JMG untuk juadah berbuka puasa.

TADARUS AL-QURAN

TADARUS AL-QURAN

Tadarus Al-Quran

JMG Kelantan telah mengadakan  Majlis Tadarus Al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan yang bertempat di pejabat JMG Kelantan. Penyertaan adalah terbuka kepada kakitangan JMG sahaja. Tadarus diakhiri dengan Majlis Khatam yang telah diadakan pada 21 April 2022 (Khamis).

JOM BACA 10 MINIT

JOM BACA 10 MINIT

21 April 2022 (Khamis)

JMG Kelantan telah menyertai Program Inisiatif Membaca 2022 : Jom Baca Bersama 10 Minit “ Bangkit Baca dan Bersyukur.” Program ini bermula pada jam 11.00 -11.10 pagi di sekitar kawasan pejabat JMG Kelantan.

Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan JMG Kelantan kerana memberi kerjasama dengan jayanya,dan semoga mendapat sedikit manfaat daripada program yang telah dijalankan.

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan

4 April 2022 (Isnin)

Sempena bulan Ramadhan,Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan telah menganjurkan tazkirah ramadhan yang bertajuk ‘Kemanisan Bulan Ramadhan’.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Rujhan bin Abdul Rahman dan bertempat di bilik mesyuarat JMG Kelantan. Semua kakitangan JMG Kelantan telah dijemput hadir.