Lawatan Menteri YBM Datuk Takiyuddin

Lawatan Menteri YBM Datuk Takiyuddin

9/6/2022 (Khamis)

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah menerima sebuah lawatan daripada Menteri Tenaga dan Sumber Asli,Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan ke Aspiring Stong Geopark pada Khamis, 09/Jun/2022. Turut mengiringi lawatan ini ialah  En. Zaidi bin Daud(Pengarah JMG Kelantan), YBRs. Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi (Ketua Pengarah JMG Malaysia),En. Mohd Bazran bin Hj Taib (Timbalan Ketua Pengarah (operasi) JMG Malaysia,TB. Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin (Adun Dabong) dan YDP Ysbrs Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus (Majlis Daerah Kuala Krai).

Gua Ikan,Dabong

Lokasi pertama lawatan  Menteri adalah bermula di Gua Ikan,Dabong dan disertai dengan majlis ucapan dan kata-kata aluan YBM. YBM KeTSA juga berucap mengenai usaha Kementerian yang memperuntukkan sejumlah RM30,000 bagi meningkatkan kemudahan insfrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenal pasti sebagai mercu tanda bagi mempromosikan Aspiring Stong Geopark.

Selain itu, Kementerian juga menganjurkan Kursus Geoguide (Jurupandu Geopark) dengan penglibatan lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada komuniti setempat termasuklah komuniti Orang Asli telah dikenal pasti untuk menyertai Kursus Geoguide Stong Geopark yang dijadualkan pada suku ketiga tahun 2022.

Geotapak Gua Ikan Dabong, Kuala Krai merupakan salah satu geotapak penting di dalam Aspiring Stong Geopark yang berusia sekitar 200-300 juta tahun. Gua Ikan sangat istimewa kerana gua ini merupakan sungai bawah tanah sepanjang 250m.

 Gunung Stong,Jelawang,Kuala Krai

Lawatan Kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Aspiring Stong Geopark, Kelantan di lokasi kedua bagi melihat pemandangan Gunung Stong, Jelawang, Kuala Krai.

Lokaliti ini menawarkan pemandangan landskap pergunungan Stong (Kompleks Migmatit Stong) yang memperlihatkan beberapa puncak tertinggi gunung dikawasan ini serta rupa bumi Air Terjun Jelawang.

Fakta menarik mengenai lokaliti ini adalah dikatakan bahawa Air Terjun Jelawang antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian dianggarkan 300-meter tinggi.

Lata Renyok,Kuala Balah,Jeli

Lokasi ketiga iaitu Geotapak Lata Renyok, Kuala Balah, Jeli.

Lata Renyok terletak di Sungai Renyok berhampiran Kampung Renyok, 16 km daripada bandar Jeli melalui jalan Jeli-Dabong. Sungai berbatu di Lata Renyok membentuk morfologi jeram, bongkah batu dan lubang periok pada permukaan batu singkapan sungai.

Tapak Lata Renyok ini merupakan tapak penyelidikan saintifik bertaraf rantau kerana ini merupakan lokaliti terbaik untuk mengenali ciri-ciri Leukogranit Kenerong dan juga canggaan tektonik selepas orogeni Indosinia di rantau Asia Tenggara.

Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli

Lawatan Kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Aspiring Stong Geopark, Kelantan di lokasi yang terakhir iaitu Geotapak Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli.

Gunung Reng terletak di Kampung Gunong sekitar 15 km dari Pekan Jeli. Bukit Gunung Reng yang terdiri daripada batuan marmar mempunyai berketinggian sekitar 200 meter.

Fakta menarik mengenai lokaliti ini adalah berkaitan cerita rakyat yang terkenal di Gunung Reng tentang Puteri Saadong yang memerintah Negeri Kelantan pada suatu masa dahulu.

Majlis berakhir dengan jamuan petang dan diadakan juga sesi bergambar bersama semua jemputan lawatan dan warga JMG Kelantan yang hadir.

 

Sumber foto : Suhaidah binti Mohd Khalid