KURSUS PENGENALAN APLIKASI AVENZA MAP

KURSUS PENGENALAN APLIKASI AVENZA MAP

Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Unit Sumber Mineral JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan Aplikasi Avenza Map yang diadakan pada 13 & 14 Mac 2023.

 Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan Teknikal JMG Kelantan cara menggunakan aplikasi Avenza Map di lapangan. Peserta kursus juga diberi taklimat berkaitan GIS, cara membuat peta dasar menggunakan perisian Arcgis, cara georefencing peta dasar dari ArcGis menggunakan QGis, cara memuatnaik peta dasar ke dalam Avenza Map, cara memplot lokasi ke dalam avenza map dan memuat naik data cerapan dari Avenza Map kepada bentuk 'Keyhole Markup Language' @ kml. dan 'Comma-separated values' @ csv.

 Pada 13 Mac 2023 (Isnin),

taklimat kursus berkaitan aplikasi Avenza Map telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan disampaikan oleh En. Mohamed Hishamuddin B Lokman, Pembantu Geosains, Aktiviti Mineral Berlogam, Unit Sumber Mineral JMG Kelantan.

 14 Mac 2023 (Selasa),

Peserta kursus diberi peluang untuk menjalani amali cara menggunakan Avenza Map yang telah diadakan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

 Peserta didedahkan cara membuat cerapan di lapangan, cara mencari lokasi dari koordinat yang diberikan, cara membuat trek dari titik awal hingga akhir dan cara berkongsi maklumat yang direkodkan dari Aplikasi Avenza Map dengan peserta yang lain. Aktiviti ini membolehkan para peserta mempraktikkan secara terus teori yang dipelajari dalam kelas dan merasai sendiri suasana kerja di lapangan.