Gotong-Royong Perpindahan Dari Stor Cawangan Lama Kg. Huda Ke Stor Cawangan Baru Jalan Bayam

1
 

 Pada 10 Mac 2014 (Isnin), Satu aktiviti gotong-royong penyusunan dan pemindahan barang-barang daripada stor cawangan lama (Kampung Huda) ke stor cawangan baru di Jalan Bayam telah dilakukan beramai-ramai.

Terima kasih kepada semua kakitangan yang turun padang dalam meringankan beban Pembantu Awam JMG Kelantan dalam kerja-kerja gotong-royong tersebut. Makanan dan minuman ditaja oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan.