MESYUARAT PENILAIAN DAN COSTING KAWASAN KAJIAN AIRBORNE GEOFIZIK DI WILAYAH ECER

MESYUARAT PENILAIAN DAN COSTING KAWASAN KAJIAN AIRBORNE GEOFIZIK DI WILAYAH ECER

Pada 13 & 14 Januari 2016, telah berlangsungnya Mesyuarat Penilaian Dan Costing Kawasan Kajian Airborne Geofizik Di Wilayah Ecer bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kehadiran seramai 6 orang ahli iaitu Tn. Hj. Mohd Zukeri Bin Ab.Ghani (Pengerusi; Pengarah JMG Terengganu); Tn. Hj. Mustaffa Bin Hamzah, (Pengarah JMG Sabah); En. John Joseph Jinap, (Pegawai Geosains JMG Kelantan); En. Suhaimizi Bin Yusof, (KUPM JMG Terengganu); En. Zaki Bin Alias, (Pegawai Geosains JMG Pahang) dan En. Mohamed Asri Omar (Pegawai Geosains JMG Kelantan).

 

Berikut antara intipati mesyuarat yang dibincangkan..

Membincangkan kawasan untuk penilaian kajian airborne geofizik yang akan dilakukan pada Tahun 2016 oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia.

Membuat penilaian berdasarkan:

    i) Kewujudan Lombong & Bekas Lombong,
   ii) Anomali Pelbagai Unsur,
  Iii) Kos Setiap Jaluran Terbang Dan Kos Keseluruhan Penerbangan (airborne)
  Iv) Jarak Penerbangan
   v) Jarak Antara Jalur Penerbangan Yang Optimum
  Vi) Kaedah Kajian Geofizik Yang Digunakan
 vii) Kewujudan Batuan Igneus Yang Berpotensi
Viii) Kawasan Yang Tidak Disentuh (taman Negara, Berair)

IMG1