Sambutan Hari IT Bil 4/2012 JMG Kelantan

31 Oktober 2012 (Rabu) - Tepat jam 9.40 pagi Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil 4/2012 telah diadakan di bilik Mesyuarat Feldspar tingkat 9, Jabatan Mineral Dan Geosains. Hari IT JMG Kelantan kali ini disampaikan oleh Encik Ahmad Rosli Bin Othman, Pegawai Kajibumi (C41) dengan tajuk "Penentuan Lokasi Dalam ArcGIS Untuk Ulasan OSC" dengan dua (2) kaedah iaitu Kaedah menukarkan data GPS Garmin (MapSource) kepada shapefile (ArcGIS) dan Kaedah menentukan titik koordinat Cassini dalam ArcGIS.

Sambutan kali ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Lombong & Kuari, KUPM sebagai pengerusi Majlis, Pegawai-pegawai, dan kakitangan teknikal serta tidak ketinggalan juga kakitangan pentadbiran. Selain bagi menambahkan jumlah hari berkursus, sambutan ini juga dapat memberi ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kerja-kerja pemindahan data dari GPS yang dicerap semasa melakukan sebarang rintisan/perjalanan. Kaedah ini juga dapat memberikan jajaran baru yang tidak terdapat dalam peta topografi.

DSC 0149

DSC 0153

DSC 0155

Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Maklumat kerana telah berjaya mengadakan hari IT yang terakhir bagi tahun 2012. Dan kalungan terima kasih juga kepada kakitangan yang menghadirkan diri bagi menjayakan Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil 4/2012.