SAMBUTAN RAYA BERPUSAT PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU TAHUN 2015

SAMBUTAN RAYA BERPUSAT PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN KOTA BHARU TAHUN 2015

Tarikh : 09 OGOS 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H ( Ahad)
Tempat : Perkarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu


Satu Sambutan Raya Berpusat Peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu Tahun 2015 telah diadakan dengan meriah dan jayanya.


Sehubungan dengan itu, semua Jabatan Persekutuan dipohon untuk menyumbang dan memberi komitmen dalam sambutan ini. Sebanyak 22 Jabatan yang dipertanggungjawabkan bagi melancarkan sambutan tersebut dengan agihan-agihan menu yang telah dirancang oleh pihak penganjur.


JMG Kelantan juga turut dipertanggungjawabkan untuk menyediakan menu Kuey Teow Goreng dengan kuntiti 300 orang makan. Namun begitu, JMG telah menggunakan khidmat tukang masak sendiri iaitu Encik Azlan Che Daud sebagai chef untuk sambutan ini. Alhamdulillah, kita telah Berjaya menghidangkan lebih 35kg kuey teow goreng dengan anggaran 450 orang makan.


JMG juga telah Berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 10 gerai terbaik dari segi hiasan dan kerjasama ahli-ahli AJK.


Sambutan di khemah JMG serta khemah-khemah lain amat menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Sambutan Aidilfitri Peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu tahun 2015 termasuk 2 orang pelajar Latihan Indusri.

 

{gallery}blog/gallery/nurin/sambutan_raya_berpusat_peringkat_wpkb_2015/:300:160:0:0:mootools_slimbox:Classic{gallery}

1 2

1 3

1 4

1 5

1 6

1 7

1 8