PERBINCANGAN PENGKOMERSIALAN PROJEK PENGHASILAN KERTAS DENGAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA

PERBINCANGAN PENGKOMERSIALAN PROJEK PENGHASILAN KERTAS DENGAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA

17 Mac 2016    -    Satu sesi taklimat dan perbincangan antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan pada 17 Mac 2016 bertujuan untuk mengadakan hubungan kerjasama dalam bidang pengeluaran pulp kenaf tambah nilai menggunakan Precipitated Calcium Carbonate (PCC) bagi meningkatkan mutu pengeluaran kertas dan mengurangkan kos pengeluaran.  Ianya dijangka akan direalisasikan dalam waktu yang terdekat ini.  Wakil JMG telah dihadiri oleh Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral),  En Aminudin bin Mahmud (PPM) dan Dr Rohaya binti Othman (PPM).