GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 2/2018

GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 2/2018

KOTA KINABALU, SABAH (01 OKTOBER 2018) : ISNIN, Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Pejabat, JMG Sabah yang dipengerusikan oleh En. Mazuan bin Roslan telah mengadakan satu gotong royong perdana pada hari ini 01 Oktober 2018 (Isnin). Sebelum ini gotong royong warga JMG Sabah telah diadakan pada hari Isnin bertarikh 07 Mei 2018.

Tujuan gotong royong ini adalah bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan memguatkan hubungan kekeluargaan bersama-sama dalam menjaga keindahan dan kebersihan kawasan sekitar jabatan ini. Warga JMG Sabah sama-sama berganding bahu membanting tulang dalam membuat pembaikan di mana-mana ada kerosakan dan membersihkan kawasan-kawasan sekeliling. Warga JMG Sabah tanpa mengira dari kalangan profesional dan sokongan sama-sama bekerjasama membersihkan kawasan pejabat tanpa mengira luar dan dalam pejabat.

Sumber foto : En. Mazuan bin Roslan, En. Adyrean Edero Jingkah, En. Daulip Dee Dee Lakkui dan Pn. Suriani Ramlee