MESYUARAT KEMAJUAN TEKNIKAL DAN FIZIKAL AIRTANAH 2018

MESYUARAT KEMAJUAN TEKNIKAL DAN FIZIKAL AIRTANAH 2018

TAWAU, SABAH (17 - 19 Oktober 2018) : Bagi memastikan pencapaian optimum dalam bidang Hidrogeologi, satu Mesyuarat Kemajuan Teknikal dan Fizikal Airtanah 2018 telah dijalankan bertempat di Belmont Marco Polo Hotel. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mohd. Zukeri bin Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) juga disertai oleh Tuan Hj. Mohd. Nazan bin Awang, Pengarah, Cawangan Penyelarasan dan Operasi (PPO). Pakar-pakar Hidrogeologi, Ketua-ketua Projek BAT, RAT, Rezab, NAWAB, Gambut, LRA, Malindo dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam projek Hidrogeologi seluruh JMG telah dihimpunkan selama 2 hari bagi membincangkan kemajuan teknikal dan fizikal airtanah 2018.

Sesi mesyuarat ditangguhkan dengan satu lawatan tapak ke kawasan projek iaitu Pulau Sebatik, Tawau, Sabah. Dalam pada itu, satu majlis makan malam juga telah diadakan khusus sempena pra-persaraan Tuan Hj. Mohd Nazan bin Awang yang akan bersara wajib pada bulan November 2018.