MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2020 ANJURAN UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2020 ANJURAN UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Setiap bulan satu Majlis Perhimpunan Bulanan akan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah. Penggiliran penganjuran majlis adalah mengikut unit-unit yang ada di JMG Sabah. Pada awal Januari 2020, penganjur bagi majlis kali ini adalah Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah. Majlis ini diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Bangunan Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 8.40 pagi pada 23 Januari 2020.

Pengerusi penganjur merupakan KUPM JMG Sabah, En. Eddie Affandy. Majlis ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Pengacara Majlis En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah (Pemandu, Unit Pentadbiran dan Kewangan), seterusnya bacaan doa keberkatan majlis oleh En. Ebahrim Bedin (Pembantu Geosains Kanan C26, Unit Pengurusan Maklumat).

Majlis diikuti dengan sesi perkenalan tiga (3) orang pegawai baru melaporkan diri di JMG Sabah. Selepas sesi tersebut barulah ucapan daripada Pengarah JMG Sabah En. Paulus Godwin. Seperti biasa beliau akan menyampaikan beberapa amanat dan maklumat yang berkaitan kepada semua warga JMG Sabah. Dalam majlis perhimpunan kali ini juga, KUPM En. Eddie Affandy menyampaikan satu taklimat berkaitan Rasionalisasi Jabatan Ke Arah Penubuhan Lembaga Mineral Malaysia (LPMM) Dan GeoMalaysia kepada semua warga JMG Sabah.

Majlis berakhir dengan sambutan Tahun Baru Cina 2020 oleh semua warga JMG Sabah.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee