CERAMAH AGAMA ANJURAN BKKI SABAH DAN MAJLIS KENDURI TAHLIL

CERAMAH AGAMA ANJURAN BKKI SABAH DAN MAJLIS KENDURI TAHLIL

KOTA KINABALU, SABAH (03 MEI 2019): JUMAAT, BKKI Sabah pertama kalinya tahun ini membuat satu ceramah agama bertajuk “ Persediaan Ramadhan dan Kelebihan Ramadhan” yang disampaikan oleh Ustaz Hafizi, guru agama di sebuah tahfiz di daerah Tuaran. Ceramah ini diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Banyak maklumat dan pengetahuan dapat dipelajari semasa ceramah ini. Selepas ceramah agama, kenduri tahlil buat arwah ibu mertua dan arwah makcik mertua kepada En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee juga diadakan pada hari tersebut. En. Eddie juga membuat sekali kenduri tahlil buat arwah Abdul Razak bin Ahmad, mantan pegawai JMG Sabah yang telah meninggal dunia pada 26hb April 2019 yang lalu. Kenduri hari ini dimulakan dengan Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Hafizi.

BKKI Sabah mendoakan agar roh arwah-arwah ini mendapat tempat di sisi Allah bersama para golongan solehin yang telah pergi terdahulunya.

Sumber maklumat dan foto : En. Herorisan bin Paruka