FIESTA DURIAN 2016 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

FIESTA DURIAN 2016 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Tanggal 5hb Ogos 2016, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM telah mengadakan fiesta durian 2016. Fiesta durian ini julung kalinya diadakan di perkarangan PPM setelah mendapat sambutan yang mengalakkan dari ahli kelab KSKPPM. Pada kali ini, sambutan fiesta durian 2016 begitu meriah dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPM iaitu Encik Mahadi bin Abu Hassan dan YDP KSK iaitu Tuan Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais. Disamping itu juga, pada fiesta kali ini Kelab Sukan dan Kebajikan berbesar hati meraikan mantan NYDP iaitu Encik Mohamad Zainudin bin Abdullah yang bakal bersara pada 13.08.2016.

Kelab Sukan dan Kebajikan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan fiesta durian 2016 dan kelab juga berterima kasih kepada Encik Asrul Affendi bin Amran kerana telah memberi sumbangan buah durian dan pelbagai buah-buahan yang dibawa khas dari Slim River, Perak.