LAWATAN SYARIKAT AL-TAYEBA TRADING DARI NEGARA EMERIAH ARAB BERSATU DAN YAYASAN ABADA DARI BALING, KEDAH KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN SYARIKAT AL-TAYEBA TRADING DARI NEGARA EMERIAH ARAB BERSATU DAN YAYASAN ABADA DARI BALING, KEDAH KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

IPOH, 9 Januari 2017 (Isnin). Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerima lawatan daripada delegasi Al-Tayeba Trading dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Yayasan ABADA, Baling, Kedah pada jam 11.00 pagi. Delegasi dari Al-Tayeba Trading diketuai oleh En Abdus Salam manakala Yayasan ABADA diketuai oleh Tn Hj Idris bin Muhamud. Al-Tayeba Trading merupakan sebuah syarikat yang beroperasi dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk dalam sektor mineral berlogam. Tujuan delegasi tersebut mengunjungi PPM adalah untuk menjalin hubungan dua (2) hala disamping  untuk meneliti fasiliti peralatan dan kepakaran yang terdapat di PPM khususnya bagi pemprosesan bijih besi. Yayasan ABADA pula adalah sebuah syarikat yang dilantik oleh Al-Tayeba bagi mewakili syarikat tersebut untuk memasarkan konsentrat besi dari negara Malaysia ke UAE. Lawatan separuh hari ini telah dimulakan dengan rundingan teknikal mengenai pemprosesan bijih besi bersama Pegawai-pegawai Penyelidk dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM). Rundingan tersebut telah dipengerusikan oleh Dr Nazwin Binti Ahmad, Ketua  Cawangan CTPM, PPM.

Setelah selesai rundingan teknikal, delegasi ini telah dibawa melawat Galeri PPM bagi memperkenalkan penyelidikan-penyelidikan lain yang dijalankan di PPM dan juga kejayaaan hasil penyelidikan yang telah dicapai.

Delegasi kemudian dibawa melawat ke makmal Pemprosesan Mineral, CTPM untuk meninjau peralatan dan fasiliti yang terdapat di makmal tersebut. Selesai lawatan pihak PPM sangat berbesar hati menerima lawatan tersebut dan ia merupakan satu tanda penghormatan yang telah diberikan. Kedua-dua delegasi juga berpuashati dengan mutu persembahan yang telah ditunjukkan oleh pihak PPM. Syarikat Al-Tayeba Trading  telah  menyatakan  minat mereka untuk melabur dalam sektor perlombongan bijih besi di Malaysia dan kesediaan mereka menjadi pembeli utama konsentrat besi dari Malaysia.