MAJLIS PERJUMPAAN KAKITANGAN JMG SABAH BERSAMA KETUA PENGARAH DATUK HJ. SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI

 MAJLIS PERJUMPAAN KAKITANGAN JMG SABAH BERSAMA KETUA PENGARAH DATUK HJ. SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI

KOTA KINABALU, SABAH (04 OKTOBER 2018) : KHAMIS, Satu majlis perjumpaan kakitangan JMG Sabah bersama Ketua Pengarah Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdulla Azizi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada 3 Oktober 2018 hari Rabu jam 9.00 pagi.

Majlis ini didahului dengan nyanyian lagu Negara ku dan Sabah tanahairku. Kemudian diikuti bacaan doa oleh En. Mazuan bin Roslan. Seterusnya ucapan pembukaan oleh Datuk KP dan sesi soal jawap bersama kakitangan JMG Sabah. Majlis ini dipengerusikan oleh En. Morius Bantas.

Isu yang diutarakan oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan JMG Sabah antaranya adalah pengisian jawatan di Unit Pentadbiran yang kekurangan di JMG Sabah setakat ini, isu diutarakan oleh Pn. Carrie. Isu seterusnya diutarakan oleh Dr. Frederick berkaitan dengan insentif jabatan dan peluang kenaikan pangkat (fast track) kepada kakitangan berdasarkan kepakaran khusus dan bagi mereka yang ada PhD. Isu terakhir diuatarakan oleh En. Mahadi berkaitan dengan dunia digital di mana soalan beliau berbunyi sejauh mana JMG bersedia dalam menempuhi dunia digital ekonomi global dan apa peranan yang dimainkan. 

Sumber maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Margaret Stephen Mozimin
Sumber foto : En. Morius Bantas, En. Fredolin Javino, Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan En. Abdul Arif bin Tahar