MAJLIS TITIPAN BUDI KILAUAN BAKTI 2017

MAJLIS TITIPAN BUDI KILAUAN BAKTI 2017

Pada 6 November 2017 (Isnin) telah berlangsung majlis hi-tea di Hotel Symphony Suites, Ipoh bagi meraikan persaraan dan perpisahan kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) ini telah diserikan oleh ucapan perasmian Pengarah PPM, Tn Hj Md Muzayin Alimon yang juga selaku Penasihat KSKPPM.

Majlis tahunan yang bertema “Titipan Budi Kilauan Bakti” ini diadakan untuk menghargai jasa dan budi yang telah disumbangkan oleh mereka yang telah berkhidmat dengan PPM-JMG. Pada tahun ini, KSKPPM meraikan sepuluh (10) orang pesara yang bersara wajib mahupun pilihan serta dua (2) orang kakitangan yang telah berpindah Jabatan.  Mereka yang diraikan telah disambut meriah dengan paluan kompang oleh pasukan kompang KSKPPM. Majlis turut diserikan dengan tayangan video khas, acara memotong kek, penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan sesi fotografi.