MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN RMK Ke-11 (SUMBER MINERAL DAN GEOSAINS) BIL. 1/2019

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN RMK Ke-11 (SUMBER MINERAL DAN GEOSAINS) BIL. 1/2019

SHAH ALAM, SELANGOR (25 JANUARI 2019) : JUMAAT, Ibupejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan RMK Ke-11 (Sumber Mineral dan Geosains) Bil. 1/2019 selama enam (6) hari bermula pada 21hb Januari 2019 dan berakhir pada 26hb Januari 2019 yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan berkaitan dengan Pencapaian Pelaksanaan Projek 2018 dari segi kewangan dan fizikal serta membincangkan juga perancangan bagi projek 2019 dar segi kewangan, fizikal dan perolehan. Dalam mesyuarat ini juga, semua pegawai yang terlibat dalam projek perlu untuk membuat pembentangan kertas kerja mereka.

Selain daripada membincangkan hal-hal berkaitan dengan projek bagi Sumber Mineral dan Geosains, dalam mesyuarat ini juga turut membincangkan hal-hal berkaitan Makmal Kimia, dan meminta semua keperluan projek dibawa Makmal Kimia disatukan dalam Projek Sumber Mineral dan Geosains.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd. Zukeri bin Ab. Ghani (Timbalan Ketua Pengarah Operasi). Seramai 91 orang pegawai JMG Seluruh Malaysia yang hadir dan terlibat dengan mesyuarat ini dari pelbagai bidang unit dan aktiviti projek. Antara wakil-wakil JMG Sabah yang hadir mesyuarat adalah seperti berikut :-

1. Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah)
2. Dr. Frederick F. Tating (Ketua Projek Sesar Aktif)
3. Pn. Jenneth Liliana Cyril (Penyelia Aktiviti Hidro Sabah)
4. En. Webster Wong Vui Chung (Ketua Projek CBM dan Rizab Arang Batu)
5. En. Morius Bantas (Pegawai Kimia)
6. En. Khairun Nasir Moktar (Pegawai Kimia)
7. En. Bailon Golutin (Pegawai Projek Sesar Aktif Sabah)
8. En. Jaineh Lingi (Pegawai Projek BAT Sabah)
9. En. Daulip @ Dee D. Lakkui (Pegawai Projek SAB Sabah)
10. En. Cleafos Totu (Pegawai Projek MBL Sabah)
11. Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi (Pegawai Projek MPI Sabah)

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee