Program Belaian Kasih di Rumah Seri Kenangan Cheras

Belaian Kasih RSK Cheras1

Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Seksyen Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan Program Belaian Kasih khas buat ahli AKRAB di Kementerian/ Jabatan dan Agensi bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK), Cheras pada 20 Mei 2014 (Selasa).

 
Objektif program ini diadakan ialah untuk:
  • Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada  komuniti serta mendekatkan   diri dengan masyarakat;
  • Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai pegawai awam yang     positif;
  • Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan kerajaan yang lain dalam menjaga kebajikan warga emas;
  • Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada warga emas; dan
  • Menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.