Program “Care for All” di PPM

Program “Care for All” di PPM
Dua (2) siri program “Care for All” telah diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada 15 Ogos dan 29 Disember 2014. Program tersebut telah dihadiri oleh 60 orang Kakitangan Sokongan 1 dan 2. Program yang dilaksanakan ini adalah merangkumi sesi ceramah dan perbincangan kelompok antara peserta-peserta dengan Rakan AKRAB Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 
Program ini telah dikendalikan oleh tiga (3) orang Rakan AKRAB Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Peserta-peserta  program telah berkongsi permasalahan peribadi dan urusan kerja serta alternatif penyelesaian turut dibincangkan bersama dalam kelompok kumpulan masing-masing.