Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak

Ipoh, 5 Julai 2018 – Sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak telah diadakan di perkarangan JMG Perak. Sambutan ini disambut meriah dengan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Perak dan para tetamu jemputan. Majlis ini juga diadakan bersama dengan Perhimpunan Bulanan JMG Perak.

Majlis Sambutan Aidilfitri ini merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan saban tahun oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi JMG Perak bagi menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama warga JMG Perak.