MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH RINGKAS

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH RINGKAS

5hb April 2019 (Jumaat) – Sebuah Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah Ringkas telah diadakan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak. Majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan terhadap Pn. Nur Asikin Bt Rashidi dan puteri kecilnya yang sedang mengalami masalah kesihatan dan masih berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB). Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada puteri kecil Pn. Nur Asikin.

Majlis Bacaan Yassin ini diketuai oleh Tuan Haji Muhamad Fisol Bin Ansan. Tazkirah yang disampaikan pula bertajuk ‘Kasih Ibu’. Sungguh menarik tazkirah yang disampaikan dan menginsafkan kita sebagai anak agar sentiasa menghargai ibu. Terlalu besar kasih ibu sehinggakan tidak termampu untuk dibalas.