PERHIMPUNAN BULANAN SERTA KUNJUNGAN RASMI TKP OPS KE JMG PERAK

PERHIMPUNAN BULANAN SERTA KUNJUNGAN RASMI TKP OPS KE JMG PERAK

24hb Jun 2019 (Isnin) – Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak serta kunjungan rasmi Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Ab Ghani yang merupakan TKP (Ops) telah diadakan Bilik Granite pada jam 9.30 pagi. JMG Perak merupakan destinasi ketiga yang beliau kunjungi selepas JMG Kelantan dan JMG Johor.


Unit Pentadbiran & Kewangan (Negeri) menjadi urusetia bagi Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Perak. Dipengerusikan oleh Pn. Noorzaidawati bt Zainuddin, bacaan doa diketuai oleh En. Mohd Zaid b Aziz dan pembaca ikrar oleh En Mohd Khalis Azfar b Bakar. Agenda yang istimewa pada perhimpunan pada kali ini adalah mendengar amanat yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Ab Ghani ,TKP (Ops). Begitu banyak pengalaman yang diperolehi oleh beliau dalam perkhidmatan awam selama 37 tahun. Suatu angka yang besar, yang sangat matang.
Majlis juga meraikan pertukaran En. Hanizam Shah Bin Saidin Ke JMG Kelantan dan En. Mustaza Bin Mustafa Ke JMG Putrajaya. Selain itu, JMG Perak juga mengalu-alukan kedatangan Pn. Zaiton Bt Abdullah yang bertukar dari BPT. Sebelum majlis tamat, Dato’ Pengarah telah menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada TKP (Ops). Kami di JMG Perak sangat mengalu-alukan kunjungan beliau dan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Ab Ghani.