MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2019 JMG MALAYSIA, PERAK

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2019 JMG MALAYSIA, PERAK

26 April 2019 (Jumaat) - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2019 telah diadakan di bilik Mesyuarat Granite. Pada bulan ini, Unit Sumber Mineral (SM) telah bertindak sebagai urusetia. Pengarah JMG Malaysia, Perak YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil turut hadir bagi menyampaikan perutusannya. Dikesempatan ini juga YBhg. Dato’ mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018, iaitu En. Basharuddin Bin Ismail, En. Mohd Zaid Bin Aziz, Pn. Hasmah Bt Salleh dan En. Khalis Azfar Bin Bakar.

YBhg. Dato’ juga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1440H dan selamat berpuasa. Seterusnya Sesi Perkenalan bagi 4 orang Pegawai Sambilan Harian (PSH), namun hanya seorang yang hadir iaitu En. Mohd Asyraf Bin Azmi manakala 3 orang pegawai tidak dapat hadir kerana bertugas di luar kawasan. Majlis Perhimpunan diteruskan dengan Taklimat Ringkas daripada wakil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu En. Hazarul dan En. Aiqal.