PERLAWANAN BOLING (TERTUTUP) WARGA JMG PERAK

PERLAWANAN BOLING (TERTUTUP) WARGA JMG PERAK

11hb Januari 2019 (Jumaat) – Biro Sukan Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah menganjurkan Perlawanan Boling (Tertutup) warga JMG Perak. Perlawanan ini diadakan di Pusat Bowling, Aeon Kinta City, Ipoh. Seramai 36 orang ahli kelab menyertai perlawanan ini. Perlawanan ini bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Sambutan untuk perlawanan ini amat menggalakkan dan ada permintaan agar perlawanan ini dibuat lagi. Selain dapat beriadah bersama kawan sekerja, aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan dan silaturrahim sesame warga JMG Perak. Perlawanan ini telah dijuarai oleh En. Wan Mohd Subri Bin Wan Abdullah, kedua En. Saiful bin Abdullah dan tempat ketiga En. Nurul Amir Bin Shafie bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan pula telah dijuarai oleh Pn. Hirnani Bt Amiruddin, kedua Pn. Roshimah Bt Abdul Rahman dan tempat ketiga Pn. Hasmah Bt Salleh. Tahniah buat para pemenang, buat yang tidak berjaya boleh cuba lagi di masa yang lain.