Program lawatan ke tapak pengerudian kajian batuan silika di Lawin bersama Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains NRE

Satu Program lawatan ke tapak pengerudian kajian batuan silika RMK10 di Lawin, Hulu Perak bersama Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains NRE telah dianjurkan oleh Unit Sumber Mineral JMG Malaysia, Perak pada 10 Jun 2012.

Peserta lain yang terlibat ialah dari JMG Malaysia, Perak, Cawangan Ekonomi Mineral Ibupejabat dan JMG Negeri Sembilan. Peserta dibawa melawat ke kawasan pengerudian yang sedang dijalankan serta ditunjukkan kaedah pengerudian dan persampelan teras gerudi.