PROGRAM LAWATAN AMAL DAN SEKAMPIT BERAS BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI)

PROGRAM LAWATAN AMAL DAN SEKAMPIT BERAS BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI)

KOTA KINABALU SABAH (08 JUN 2018) : JUMAAT, Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah(JMG) telah membuat satu Program Lawatan Amal dan Sekampit Beras di empat buah tempat yang berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Rabu, 6hb. Jun 2018 bersamaan 21 Ramadhan 1439H dan Khamis, 7hb. Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H yang lepas. Salah satu dari empat tempat tersebut adalah JMG Sabah.

Program pertama BKKI pada Rabu, 6hb. Jun, 21 Ramadhan 1439H adalah di JMG Sabah di mana seramai empat orang hamba Allah yang kurang bernasib baik telah terpilih oleh pihak BKKI untuk menerima bantuan sekampit beras dan sedikit sumbangan wang.

Lawatan kedua diteruskan lagi ke lokasi terpilih iaitu golongan ansaf dan fakir miskin yang terletak di Kingfisher, Likas, Kota Kinabalu. Seramai lebih kurang tujuh orang ahli rombongan BKKI yang diketuai oleh Pengerusi BKKI, Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad telah menyertai lawatan ini. Bantuan beberapa kampit beras dan sumbangan wang daripada ahli-ahli BKKI dan hamba Allah telah berjaya disalurkan kepada golongan ansaf dan fakir miskin tersebut.

Pada hari berikutnya, iaitu Khamis, 7hb. Jun, 22 Ramadhan 1439H Program Amal BKKI diteruskan lagi di dua lokasi di mana lokasi pertama adalah di Masjid Pekan Menggatal yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz yang mana pihak BKKI telah menyumbangkan beberapa kampit beras untuk keperluan asas mereka seharian.

Lokasi kedua pada hari yang sama yang juga merupakan lokasi yang terakhir bagi lawatan amal untuk Program BKKI ini adalah di Kg.Sembirai, Kota Belud yang merupakan mangsa kebakaran. Kejadian ini difahamkan telah berlaku pada awal sempena sambutan Ramadhan baru-baru ini. Pihak BKKI telah memberikan bantuan kewangan, beberapa kampit beras dan juga pakaian kepada keluarga mangsa kebakaran berkenaan.

Secara keseluruhnya, Program Lawatan Amal untuk BKKI telah terlaksana dengan jayanya seperti dalam perbincangan mesyuarat yang lepas.