MAJLIS SAMBUTAN KAAMATAN DAN AIDILFITRI JMG SABAH 2019/1440H

MAJLIS SAMBUTAN KAAMATAN DAN AIDILFITRI JMG SABAH 2019/1440H

KOTA KINABALU, SABAH (27 JUN 2019): KHAMIS, Satu sambutan majlis Aidilfitri 1440H bersamaan tahun 2019 telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Blok Kinabalu, JMG Sabah. Majlis ini dianjurkan oleh pihak BKKI JMG Sabah dan KEMG JMG Sabah bekerjasama dengan Unit Pentadbiran dan Kewangan di mana merupakan penganjur kepada majlis perhimpunan bagi bulan Jun 2019.

 


Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara semua kakitangan JMG Sabah tanpa mengira kaum dan bangsa. Majlis kali ini dirayakan bersekali dengan perayaan kaamatan yang hanya ada di negeri Sabah. Majlis kali ini merupakan majlis yang boleh dikatakan majlis 4 in 1, di mana pada kali ini Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPO) Tuan Hj. Zukeri bin Ab. Ghani juga membuat lawatan akhir beliau sebelum bersara. Dalam masa yang sama juga JMG Sabah turut meraikan majlis persaraan salah seorang kakitangan JMG Sabah iaitu En. Peter Suking.


Dengan penuh syukur majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga ikatan padu dan kerjasama antara golongan profesional dan sokongan terus menjadikan JMG Sabah ini maju ke hadapan. InshaALLAH.


Sumber maklumat : Pn. Suriani Ramlee
Sumber foto : En. Abdul Arif bin Tahar