MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KESEDARAN AWAM BIL 1/2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KESEDARAN AWAM BIL 1/2019

KOTA KINABALU, SABAH (06 SEPTEMBER 2019): JUMAAT, Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Pendidikan dan Kesedaran Awam Bil. 1/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada 05 September 2019 pukul 9.00 pagi.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM) yang juga merupakan ketua program ini. Beberapa orang kakitangan JMG Sabah telah dilantik bagi tujuan pelaksanaan program ini.

Program ini dijangka akan diadakan pada penghujung bulan Oktober 2019 dan kawasan sasaran adalah daerah Kota Marudu. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi pembahagian tugasan. Mesyuarat kedua akan menyusul pada awal Oktober kelak.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : Penulis