MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. PAULIUS GODWIN

MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. PAULIUS GODWIN

KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu majlis persaraan Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Bangunan Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 10.40 pagi pada 23 Januari 2020.

Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis dan diteruskan dengan tayangan Montaj sepanjang perkhidmatan beliau dengan JMG khususnya JMG Sabah. Montaj disediakan oleh En. Abdul Arif (Pembantu Geosains Kanan). Beliau akan bersara pada 28 Januari 2020 di usia 60 tahun dan 33 tahun perkhidmatan dalam kerajaan.

Acara pagi ini diteruskan dengan ucapan pertama daripada Presiden KEMG JMG Sabah, Ucapan Wakil Pegawai Pn. Jenneth, ucapan kakitangan sokongan diwakili oleh Pn. Vianni dan Ucapan Terbuka buat Pengarah En. Paulius. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan terakhir daripada Pengarah JMG Sabah sendiri iaitu En. Paulius. Sesudah ucapan-ucapan tersebut, acara terakhir merupakan majlis penyampaian cenderakenangan buat En Paulius Godwin Selaku Pengarah JMG Sabah.

Cenderakenangan yang pertama merupakan daripada Jabatan sendiri yang disampaikan oleh Dr. Frederick. Dr. Frederick juga menyampaikan cenderakenangan daripada Unit Geosains. Diteruskan lagi dengan cenderakenangan daripada Unit Sumber Mineral yang disampaikan oleh En. Muhammad Umar, daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan Pn. Rizidah Majawal, daripada Aktiviti Warisan Pn. Jenneth, daripada Aktiviti Hidrogeologi En. Jaineh Lingi, daripada Unit Perkhidmatan Makmal En. Khairun Nasir, daripada KEMG oleh Presiden En. Aidil Arnolous dan akhirnya sekali daripada Unit Pengurusan Maklumat En. Eddie Affandy.

Majlis berakhir dengan mengabadikan kenangan dengan mengambil foto.

Sumber maklumat : Penulis
Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Tahar