MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) MASJID JAMEK KG. KULAMBAI, KOTA BELUD

MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) MASJID JAMEK KG. KULAMBAI, KOTA BELUD

KOTA BELUD, SABAH (13 September 2020) : Ahad, 10.00 pagi  Majlis perasmian yang dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa masjid, MPKK dan Ketua Kampung telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA). Majlis turut disertai oleh Timbalan Menteri KeTSA, Yang Berhormat En. Ali Anak Biju, Yang Berbahagia Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi (Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)), Tuan Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim (Pengarah PPO) dan Encik Jontih Enggihon (Pengarah JMG Sabah). Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan sebagai mamatuhi SOP yang telah ditetapkan, kehadiran penduduk kampung, wakil daripada Pejabat Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun dihadkan hanya 250 orang sahaja.


 Majlis diteruskan dengan ketibaan oleh Timbalan Menteri KeTSA, Yang Berhormat En.  Ali Anak Biju,  Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA) sejurus selapas itu. Majlis dimulai dengan lagu kebangsaan, bacaan doa oleh En. Mazuan bin Roslan (Pegawai Geosains Kanan C44). Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi Jawatankuasa Masjid En.Dulaip bin Rudin. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA). Pengarah JMG Sabah seterusnya menyampaikan cenderamata kenangan yang berupa buku-buku terbitan JMG kepada Menteri dan Timbalan Menteri.

Majlis disusuli dengan acara kemuncak, iaitu acara memotong riben dan menandatangani Plak Perasmian Telaga Tiub dengan diiringi oleh Timbalan Menteri KeTSA, Ketua Pengarah JMG, Pengarah JMG Sabah dan dif-dif jemputan. Selesai saja upacara menandatangani plak perasmian, Yang Berhormat telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Jaineh Lingi (Pegawai Geosains Kanan C44/Ketua Aktiviti Hidrogeologi). En. Jaineh seterusnya mempelawa Yang Berhormat Datuk mengunjungi Mini Pameran JMG Sabah. Acara diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada semua hadirin.

Majlis selesai pada pukul 1.00 petang.

 

<Video Berita RTM> https://youtu.be/crTrjvgqMbg

<Utusan> https://www.utusan.com.my/berita/2020/09/telaga-tiub-sumber-air-bersih-1700-penduduk/

Sumber Penulisan, Sumber Maklumat dan Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Abdul Tahar

Disunting oleh : Pn. Suriani binti Ramlee