TAKLIMAT RINGKAS BERKAITAN TANAH RUNTUH DI PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA RANAU
RANAU, SABAH (06 JANUARI 2022) : KHAMIS,
Pegawai-pegawai geosains daripada JMG Sabah, Encik Bailon Golutin, Encik Goh Khean Seong dan Encik Mohamad Yusof telah membuat penerangan berkaitan kawasan-kawasan sensitif geologi sekitar daerah Ranau di Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana PKOB Ranau, Bangunan Usia Ranau.
LAWATAN KE PEGAWAI KEJURUTERAAN JMG SABAH KE TAPAK TANAH RUNTUH
SANDAKAN, SABAH (05 JANUARI 2022): RABU, Lawatan tanah runtuh oleh pegawai daripada JMG Sabah bersama Datuk Seri Panglima Bung Moktar Rain (Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah) ke tapak tanah runtuh di Kampung Segaliud, Sandakan, Sabah.
MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN OPERASI DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN INDIKATOR PEMBANGUNAN MAPAN (SDI) - TECK GUAN
KUNAK, SABAH (07 SEPTEMBER 2021): SELASA, Unit Pembangunan Lombong Dan Kuari yang terlibat dengan kerja-kerja pemantauan operasi peletupan di kuari, tapak projek pembangunan dan menyelia operasi perlombongan telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan teknikal dan pemantauan aktiviti peletupan di daerah Kunak. Dalam masa yang sama juga perlu menjalankan pengauditan dibawah PPOP dan SDI di Teck Guan Industries Sdn Bhd.
Pegawai yang terlibat En. Aidil Arnolous Rema dan dibantu oleh En. Mohd. Azrol bin Mohd Hanaffi.
Sumber Foto dan Sumber Maklumat : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi
Sumber Penulisan : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi
MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN BUAT ENCIK ARTHUR DAN PUAN FAYE
KOTA KINABALU, SABAH (09 APRIL 2021): JUMAAT, Satu majlis ringkas telah diadakan di sebuah Restoran Steamboat (Windbell Lido) pada malam 08 April 2021 Hari Khamis bagi meraihkan Majlis Perpisahan dua orang pegawai JMG Sabah yang akan bertukar ke Ibupejabat JMG di Putrajaya.