MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN BUAT ENCIK ARTHUR DAN PUAN FAYE

MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN BUAT ENCIK ARTHUR DAN PUAN FAYE

KOTA KINABALU, SABAH (09 APRIL 2021): JUMAAT, Satu majlis ringkas telah diadakan di sebuah Restoran Steamboat (Windbell Lido) pada malam 08 April 2021 Hari Khamis bagi meraihkan Majlis Perpisahan dua orang pegawai JMG Sabah yang akan bertukar ke Ibupejabat JMG di Putrajaya.

Majlis ringkas dan spontan ini merupakan cetusan idea daripada kakitangan Aktiviti Geologi Kejuruteraan. Majlis ini merupakan majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Unit Geosains Aktiviti Geologi Kejuruteraan. Turut hadir merupakan Ketua Unit dan Ketua Aktiviti.

Majlis ini diadakan bagi mengingati dan menghargai jasa dua orang pegawai ini yang banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran di Aktiviti Geologi Kejuruteraan dan Aktiviti Mineralogi dan Petrologi.

Mereka adalah Encik Arthur Clement Makulim yang telah melaporkan diri pada 12 Februari 2002 dan telah menyumbang khidmat bakti selama hampir 19 tahun di JMG Sabah dalam bidang Geologi Kejuruteraan. Manakala Puan Faye Donna Edmund telah melaporkan diri pada Julai 2001 di JMG Sabah dan di tempatkan pada awalnya di Aktiviti Alam Sekitar dan bertukar ke Aktiviti Mineralogi dan Petrologi sehingga kini. Puan Faye juga merupakan Ketua Aktiviti di Mineralogi dan Petrologi.

Sebagai mengenang jasa khidmat bakti mereka, JMG Sabah ucapkan ribuan terima kasih.

Sumber Foto dan Sumber Maklumat : Pn. Suriani binti Ramlee

Sumber Penulisan : Penulis