TAKLIMAT KAJIAN CERUN MERBAHAYA DI KAWASAN TAMAN KINABALU

TAKLIMAT KAJIAN CERUN MERBAHAYA DI KAWASAN TAMAN KINABALU

KUNDASANG RANAU,(18 DISEMBER 2020) JUMAAT: Satu lawatan kerja telah dibuat oleh Pegawai dari JMG Sabah ke kawasan Taman Kinabalu. Lawatan ini bertujuan bagi mendengar laporan Kajian dari pihak UMS dan Geostrata bagi cerun-cerun merbahaya di kawasan tersebut. 2 kakitangan dari JMG sabah terlibat iaitu Dr. Frederick Francis Tating dan Pegawai Geosains En. Arthur Clement Makulim, sementara itu Dari UMS PROF Rodeano serta En.Fikri Razlan dan En.Ahmad Sharul merupakan pelajar UMS yang membantu kajian juga dari Geostrata Cik Hanis, Cik Min Affandi serta En. Ahmad Sharul Azamudin bagi menguatkan lagi kajian di kawasan tersebut.

 

Pegawai JMG yg terlibat:

  1. Frederick Francis Tating
  2. Arthur Clement Makulim
  3. Mohd Azrol Mohd Hanaffi

Sumber Foto, maklumat dan penulisan: Mohd Azrol Mohd Hanaffi

TAKLIMAT CERUN MERBAHAYA DI KAWASAN KG. BUNDU TUHAN KUNDASANG

TAKLIMAT CERUN MERBAHAYA DI KAWASAN KG. BUNDU TUHAN KUNDASANG

KUNDASANG, RANAU (18 DISEMBER 2020) JUMAAT: Satu lawatan kerja telah dibuat oleh Pegawai dari JMG Sabah ke kawasan kg Bundu Tuhan. Lawatan ini bertujuan bagi mendengar laporan Kajian dari pihak UMS dan Geostrata bagi cerun-cerun merbahaya di kawasan kg tersebut. 2 kakitangan dari JMG sabah terlibat iaitu Dr. Frederick Francis Tating dan Pegawai Geosains En. Arthur Clement Makulim, sementara itu Dari UMS PROF Rodeano serta En.Fikri Razlan dan En.Ahmad Sharul merupakan pelajar UMS yang membantu kajian juga dari Geostrata Cik Hanis, Cik Min Affandi serta En. Ahmad Sharul Azamudin bagi menguatkan lagi kajian di kawasan tersebut.

 

Pegawai JMG yg terlibat:

  1. Frederick Francis Tating
  2. Arthur Clement Makulim
  3. Mohd Azrol Mohd Hanaffi

Sumber Foto, Maklumat dan penulisan

*Mohd Azrol Mohd Hanaffi

LAWATAN TAPAK TANAH RUNTUH DI KINABALU PARK

LAWATAN TAPAK TANAH RUNTUH DI KINABALU PARK

KUNDASANG, RANAU (27 NOVEMBER 2020) JUMAAT : Satu kejadian tanah runtuh di dalam kawasan Taman Kinabalu telah berlaku pada 24 November 2020. Oleh yang demikian, siasatan awal telah dilakukan oleh wakil dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah yang di wakili oleh tiga kakitangan jabatan telah datang ke kawasan runtuhan tersebut  pada 27 November 2020.

Pegawai terlibat

  1. Goh Khean Seong ( Pegawai Geosains)
  2. Harry Jenyrius Majin (Pembantu Geosains Kanan)
  3. Mohd Azrol Mohd Hanaffi ( Pembantu Operasi)

 

Sumber Maklumat, Foto dan Penulisan : En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi

 

 

 

MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) MASJID JAMEK KG. KULAMBAI, KOTA BELUD

MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) MASJID JAMEK KG. KULAMBAI, KOTA BELUD

KOTA BELUD, SABAH (13 September 2020) : Ahad, 10.00 pagi  Majlis perasmian yang dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa masjid, MPKK dan Ketua Kampung telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA). Majlis turut disertai oleh Timbalan Menteri KeTSA, Yang Berhormat En. Ali Anak Biju, Yang Berbahagia Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi (Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)), Tuan Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim (Pengarah PPO) dan Encik Jontih Enggihon (Pengarah JMG Sabah). Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan sebagai mamatuhi SOP yang telah ditetapkan, kehadiran penduduk kampung, wakil daripada Pejabat Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun dihadkan hanya 250 orang sahaja.


 Majlis diteruskan dengan ketibaan oleh Timbalan Menteri KeTSA, Yang Berhormat En.  Ali Anak Biju,  Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA) sejurus selapas itu. Majlis dimulai dengan lagu kebangsaan, bacaan doa oleh En. Mazuan bin Roslan (Pegawai Geosains Kanan C44). Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi Jawatankuasa Masjid En.Dulaip bin Rudin. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ ​Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA). Pengarah JMG Sabah seterusnya menyampaikan cenderamata kenangan yang berupa buku-buku terbitan JMG kepada Menteri dan Timbalan Menteri.

Majlis disusuli dengan acara kemuncak, iaitu acara memotong riben dan menandatangani Plak Perasmian Telaga Tiub dengan diiringi oleh Timbalan Menteri KeTSA, Ketua Pengarah JMG, Pengarah JMG Sabah dan dif-dif jemputan. Selesai saja upacara menandatangani plak perasmian, Yang Berhormat telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Jaineh Lingi (Pegawai Geosains Kanan C44/Ketua Aktiviti Hidrogeologi). En. Jaineh seterusnya mempelawa Yang Berhormat Datuk mengunjungi Mini Pameran JMG Sabah. Acara diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada semua hadirin.

Majlis selesai pada pukul 1.00 petang.

 

<Video Berita RTM> https://youtu.be/crTrjvgqMbg

<Utusan> https://www.utusan.com.my/berita/2020/09/telaga-tiub-sumber-air-bersih-1700-penduduk/

Sumber Penulisan, Sumber Maklumat dan Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Abdul Tahar

Disunting oleh : Pn. Suriani binti Ramlee