TANAH RUNTUH DI TAMAN KINABALU

TANAH RUNTUH DI TAMAN KINABALU

RANAU (23 JAN 2021) : Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di kawasan parkir Restoran Panataran, Taman Negara Kinabalu, Kundasang.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin telah meninjau kawasan berkenaan. Ketika ditemui media, beliau berkata bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) akan menjalankan kajian terperinci kaedah mitigasi sementara dan jangka panjang kawasan parkir dan jalan yang runtuh.

Kajian ini adalah melibatkan pemetaan geologi, survei geofizik dan siasatan tanih. Menurutnya kos mitigasi cerun jangka panjang ini adalah dianggarkan menelan belanja RM40 juta.

Siasatan kejadian tanah runtuh dan kerja-kerja pemantauan cerun di kawasan parkir Restoran Panataran, Taman Negara Kinabalu, Kundasang telah dijalankan oleh pasukan geologi kejuruteraan JMG Sabah yang diketuai oleh Pengarah JMG Sabah, En. Jontih Enggihon, Dr. Frederick Francis Tating sebagai Ketua Penyelaras dan Ahli Geologi di lapangan iaitu En. Bailon Golutin dan En. Goh Khean Seong yang dibantu oleh kumpulan teknikal terdiri daripada En. Ramle Kalaham, En. Patrick Gindol, En. Herorisan Paruka dan En. Harry Jenyrius Majin.

 

Sumber Maklumat : Bailon Golutin & RTM Sabah